SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM

Bahawa beberapa ulama, setelah
meninjau ayat-ayat tentang poligami,
mereka telah menetapkan bahawa
menurut asalnya, Islam sebenamya
ialah monogami.
Terdapat ayat yang
mengandungi ugutan serta peringatan
agar tidak disalah gunakan poligami
itu di tempat-tempat yang tidak wajar.
Ini semua bertujuan supaya tidak
terjadinya kezaliman. Tetapi, poligami
diperbolehkan dengan syarat ia
dilakukan pada masa-masa terdesak
untuk mengatasi perkara yang tidak
dapat diatasi dengan jalan lain. Atau
dengan kata lain bahawa poligami itu
diperbolehkan oleh Islam dan tidak
dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan
bahawa kebaikannya akan dikalahkan
oleh keburukannya.
Jadi, sebagaimana talaq, begitu
jugalah halnya dengan poligami yang
diperbolehkan kerana hendak mencari
jalan keluar dari kesulitan. Islam
memperbolehkan umatnya berpoligami
berdasarkan nas-nas syariat serta
realiti keadaan masyarakat. Ini bererti
ia tidak boleh dilakukan dengan
sewenang-wenangnya demi untuk
mencapai kesejahteraan masyarakat
Islam, demi untuk menjaga ketinggian
budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.
Oleh yang demikian, apabila seorang
lelaki akan berpoligami, hendaklah dia
memenuhi syarat-syarat sebagai
berikut;

1. Membatasi jumlah isteri yang akan
dikahwininya.
Syarat ini telah
disebutkan oleh Allah (SWT) dengan
firman-Nya;

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu ber-kenan dari
perempuan-perempuan (lain): dua,
tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah
an-Nisak ayat 3)

Ayat di atas menerangkan dengan
jelas bahawa Allah telah menetapkan
seseorang itu berkahwin tidak boleh
lebih dari empat orang isteri. Jadi,
Islam membatasi kalau tidak beristeri
satu, boleh dua, tiga atau empat
sahaja.
Pembatasan ini juga bertujuan
membatasi kaum lelaki yang suka
dengan perempuan agar tidak berbuat
sesuka hatinya. Di samping itu,
dengan pembatasan empat orang
isteri, diharapkan jangan sampai ada
lelaki yang tidak menemukan isteri
atau ada pula wanita yang tidak
menemukan suami. Mungkin, kalau
Islam membolehkan dua orang isteri
saja, maka akan banyak wanita yang
tidak menikah. Kalau pula dibolehkan
lebih dari empat, mungkin terjadi
banyak lelaki tidak memperolehi
isteri.

2. Diharamkan bagi suami
mengumpulkan wanita-wanita yang
masih ada tali persaudaraan menjadi
isterinya.
Misalnya, berkahwin
dengan kakak dan adik, ibu dan
anaknya, anak saudara dengan emak
saudara baik sebelah ayah mahupun
ibu.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk
menjaga silaturrahim antara anggota-
anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.)
bersabda, maksudnya;

"Sesungguhnya kalau kamu berbuat
yang demikian itu, akibatnya kamu
akan memutuskan silaturrahim di
antara sesama kamu." (Hadis riwayat
Bukhari & Muslim)
Kemudian dalam hadis berikut,
Rasulullah (s.a.w.) juga
memperkuatkan larangan ini,
maksudnya;
Bahawa Urnmu Habibah (isteri
Rasulullah) mengusulkan agar baginda
menikahi adiknya. Maka beliau
menjawab;
"Sesungguhnya dia tidak
halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari
dan Nasa'i)
Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-
Dailamy setelah memeluk agama
Islam, beliau memberitahu kepada
Rasulullah bahawa beliau mempunyai
isteri yang kakak beradik. Maka
Rasulullah menyuruhnya memilih
salah seorang di antara mereka dan
menceraikan yang satunya lagi. Jadi
telah disepakati tentang haramnya
mengumpulkan kakak beradik ini di
dalam Islam.

3. Disyaratkan pula berlaku adil,
sebagaimana yang difirmankan Allah
(SWT);
"Kemudian jika kamu bimbang tidak
dapat berlaku adil (di antara isteri-
isteri kamu), maka (kahwinlah
dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan
yang kaumiliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan
kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-
Nisak ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta
dituntut agar para suami bersikap adil
jika akan berpoligami. Andaikan takut
tidak dapat berlaku adil kalau sampai
empat orang isteri, cukuplah tiga
orang sahaja. Tetapi kalau itupun
masih juga tidak dapat adil, cukuplah
dua sahaja. Dan kalau dua itu pun
masih khuatir tidak boleh berlaku adil,
maka hendaklah menikah dengan
seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa
berlaku adil itu wajib. Adil di sini
bukanlah bererti hanya adil terhadap
para isteri sahaja, tetapi mengandungi
erti berlaku adil secara mutlak. Oleh
kerana itu seorang suami hendaklah
berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya
sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-
sakitan dan mengalami kesukaran
untuk bekerja mencari rezeki, sudah
tentu tidak akan dapat memelihara
beberapa orang isteri. Apabila dia
tetap berpoligami, ini bererti dia telah
menganiayai dirinya sendiri. Sikap
yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak
masing-masing dari suaminya, berupa
kemesraan hubungan jiwa, nafkah
berupa makanan, pakaian, tempat
tinggal dan lain-lain perkara yang
diwajibkan Allah kepada setiap suami.
Adil di antara isteri-isteri ini
hukumnya wajib, berdasarkan firman
Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3
dan juga sunnah Rasul. Rasulullah
(s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua
isteri, lalu dia cenderung kepada
salah seorang di antaranya dan tidak
berlaku adil antara mereka berdua,
maka kelak di hari kiamat dia akan
datang dengan keadaan pinggangnya
miring hampir jatuh sebelah." (Hadis
riwayat Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah
ini, hendaklah si suami tidak
mengurangi nafkah dari salah seorang
isterinya dengan alasan bahawa si
isteri itu kaya atau ada sumber
kewangannya, kecuali kalau si isteri
itu rela. Suami memang boleh
menganjurkan isterinya untuk
membantu dalam soal nafkah tetapi
tanpa paksaan. Memberi nafkah yang
lebih kepada seorang isteri dari yang
lain-lainnya diperbolehkan dengan
sebab-sebab tertentu. Misalnya, si
isteri tersebut sakit dan memerlukan
biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada
perbezaannya antara gadis dan janda,
isteri lama atau isteri baru, isteri yang
masih muda atau yang sudah tua, yang
cantik atau yang tidak cantik, yang
berpendidikan tinggi atau yang buta
huruf, kaya atau miskin, yang sakit
atau yang sihat, yang mandul atau
yang dapat melahirkan. Kesemuanya
mempunyai hak yang sama sebagai
isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat
tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat
mengatakan bahawa suami
bertanggungjawab menyediakan
tempat tinggal yang tersendiri untuk
tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya
sesuai dengan kemampuan suami. Ini
dilakukan semata-mata untuk
menjaga kesejahteraan isteri-isteri,
jangan sampai timbul rasa cemburu
atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat
giliran suaminya menginap di
rumahnya sama lamanya dengan
waktu menginap di rumah isteri-isteri
yang lain. Sekurang-kurangnya si
suami mesti menginap di rumah
seorang isteri satu malam suntuk
tidak boleh kurang. Begitu juga pada
isteri-isteri yang lain. Walaupun ada
di antara mereka yang dalam keadaan
haidh, nifas atau sakit, suami wajib
adil dalam soal ini. Sebab, tujuan
perkahwinan dalam Islam bukanlah
semata-mata untuk mengadakan
'hubungan seks' dengan isteri pada
malam giliran itu, tetapi bermaksud
untuk menyempumakan kemesraan,
kasih sayang dan kerukunan antara
suami isteri itu sendiri. Hal ini
diterangkan Allah dengan firman-Nya;
"Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan-Nya, dan
rahmat-Nya, bahawa la menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-
orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah
ar-Ruum ayat 21)
Andaikan suami tidak bersikap adil
kepada isteri-isterinya, dia berdosa
dan akan menerima seksaan dari
Allah (SWT) pada hari kiamat dengan
tanda-tanda berjalan dalam keadaan
pinggangnya miring. Hal ini akan
disaksikan oleh seluruh umat manusia
sejak Nabi Adam sampai ke anak
cucunya.
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-
Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan
seberat zarrah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan
sesiapa berbuat kejahatan seberat
zarrah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)."
c) Anak-anak juga mempunyai hak
untuk mendapatkan perlindungan,
pemeliharaan serta kasih sayang
yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap
suami yang berpoligami tidak
membeza-bezakan antara anak si anu
dengan anak si anu. Berlaku adil
dalam soal nafkah anak-anak
mestilah diperhatikan bahawa nafkah
anak yang masih kecil berbeza
dengan anak yang sudah besar. Anak-
anak perempuan berbeza pula dengan
anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu
yang mana, kesemuanya mereka
berhak memiliki kasih sayang serta
perhatian yang seksama dari bapa
mereka. Jangan sampai mereka
diterlantarkan kerana kecenderungan
si bapa pada salah seorang isteri
serta anak-anaknya sahaja.
Keadilan juga sangat dituntut oleh
Islam agar dengan demikian si suami
terpelihara dari sikap curang yang
dapat merosakkan rumahtangganya.
Seterusnya, diharapkan pula dapat
memelihara dari terjadinya cerai-
berai di antara anak-anak serta
menghindarkan rasa dendam di antara
sesama isteri.
Sesungguhnya kalau diperhatikan
tuntutan syarak dalam hal
menegakkan keadilan antara para
isteri, nyatalah bahawa sukar sekali
didapati orang yang sanggup
menegakkan keadilan itu dengan
sewajarnya.
Bersikap adil dalam hal-hal
menzahirkan cinta dan kasih sayang
terhadapisteri-isteri, adalah satu
tanggungjawab yang sangat berat.
Walau bagaimanapun, ia termasuk
perkara yang berada dalam
kemampuan manusia. Lain halnya
dengan berlaku adil dalam soal kasih
sayang, kecenderungan hati dan
perkara-perkara yang manusia tidak
berkesanggupan melakukannya,
mengikut tabiat semulajadi manusia.
Hal ini sesuai dengan apa yang telah
difirmankan Allah dalam Surah an-
Nisak ayat 129 yang berbunyi;
"Dan kamu tidak sekali-kali akan
sanggup berlaku adil di antara isteri-
isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak
melakukannya); oleh itu janganlah
kamu cenderung dengan melampau-
lampau (berat sebelah kepada isteri
yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti benda
yang tergantung (di awang-awang)."
Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.)
menerangkan, maksudnya;
Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu
berlaku adil dalam mengadakan
pembahagian antara isteri-isterinya.
Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya
Allah, inilah kemampuanku
membahagi apa yang ada dalam
milikku. Ya Allah, janganlah aku
dimarahi dalam membahagi apa yang
menjadi milikku dan apa yang bukan
milikku."
Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud
Syaltout; "Keadilan yang dijadikan
syarat diperbolehkan poligami
berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak.
Kemudian pada ayat 129 Surah an-
Nisak pula menyatakan bahawa
keadilan itu tidak mungkin dapat
dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya
yang dimaksudkan oleh kedua ayat di
atas ialah keadilan yang dikehendaki
itu bukanlah keadilan yang
menyempitkan dada kamu sehingga
kamu merasakan keberatan yang
sangat terhadap poligami yang
dihalalkan oleh Allah. Hanya saja
yang dikehendaki ialah jangan sampai
kamu cenderung sepenuh-penuhnya
kepada salah seorang sahaja di antara
para isteri kamu itu, lalu kamu
tinggalkan yang lain seperti
tergantung-gantung."
Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-
Shidieqy pula menerangkan; "Orang
yang boleh beristeri dua ialah yang
percaya benar akan dirinya dapat
berlaku adil, yang sedikit pun tidak
akan ada keraguannya. Jika dia ragu,
cukuplah seorang sahaja."
"Adil yang dimaksudkan di sini ialah
'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat
sulit untuk dilakukan, sehingga
poligami adalah suatu hal yang sukar
untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu
diperbolehkan secara darurat bagi
orang yang benar-benar percaya dapat
berlaku adil."
Selanjutnya beliau menegaskan,
jangan sampai si suami membiarkan
salah seorang isterinya terkatung-
katung, digantung tak bertali.
Hendaklah disingkirkan sikap condong
kepada salah seorang isteri yang
menyebabkan seorang lagi kecewa.
Adapun condong yang dimaafkan
hanyalah condong yang tidak dapat
dilepaskan oleh setiap individu
darinya, iaitu condong hati kepada
salah seorangnya yang tidak
membawa kepada mengurangkan hak
yang seorang lagi.
Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam
bukunya Ruhuddinil Islami
mengatakan; "Makna adil di dalam
ayat tersebut ialah persamaan; yang
dikehendaki ialah persamaan dalam
hal pergaulan yang bersifat lahir
seperti memberi nafkah, tempat
tinggal, tempat tidur, dan layanan yang
baik, juga dalam hal menunaikan
tanggungjawab sebagai suami isteri."

4. Tidak menimbulkan huru-hara di
kalangan isteri mahupun anak-anak.
Jadi, suami mesti yakin bahawa
perkahwinannya yang baru ini tidak
akan menjejaskan serta merosakkan
kehidupan isteri serta anak-anaknya.
Kerana, diperbolehkan poligami dalam
Islam adalah untuk menjaga
kepentingan semua pihak. Jika
kepentingan ini tidak dapat dijaga
dengan baik, maka seseorang yang
berpoligami pada saat itu adalah
berdosa.

5. Berkuasa menanggung nafkah.
Yang dimaksudkan dengan nafkah di
sini ialah nafkah zahir, sebagaimana
Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang
bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di
antara kamu yang berkuasa
mengeluarkan nafkah, maka
hendaklah kamu berkahwin. Dan
sesiapa yang tidak berkuasa,
hendaklah berpuasa."
Hadis di atas menunjukkan bahawa
Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap
kaum lelaki supaya berkahwin tetapi
dengan syarat sanggup mengeluarkan
nafkah kepada isterinya. Andaikan
mereka tidak berkemampuan, maka
tidak digalakkan berkahwin walaupun
dia seorang yang sihat zahir serta
batinnya. Oleh itu, untuk menahan
nafsu seksnya, dianjurkan agar
berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri
saja sudah kepayahan untuk memberi
nafkah, sudah tentulah Islam melarang
orang yang demikian itu berpoligami.
Memberi nafkah kepada isteri adalah
wajib sebaik sahaja berlakunya suatu
perkahwinan, ketika suami telah
memiliki isteri secara mutlak. Begitu
juga si isteri wajib mematuhi serta
memberikan perkhidmatan yang
diperlukan dalam pergaulan sehari-
hari.
Kesimpulan dari maksud kemampuan
secara zahir ialah;

i) Mampu memberi nafkah asas
seperti pakaian dan makan minum.

ii) Mampu menyediakan tempat
tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan
asas yang wajar seperti pendidikan
dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak
berpenyakit yang boleh menyebabkan
ia gagal memenuhi tuntutan nafkah
zahir yang lain.

v) Mempunyai kemampuan dan
keinginan seksual.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Gugon tuhon | ilmu jawa | basa jawa |

Paribasan jawa | peribahasa jawa

KUMPULAN BAND ANAK NGAWI