RUKUN KUTBAH JUM'AT
RUKUN- RUKUN KHUTBAH
1. Memuji Allah Taala
Tertentu dengan lafaz ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ atau ﺍﺣﻤﺪ
ﺍﻟﻠﻪ atau ﻧﺤﻤﺪ ﺍﻟﻠﻪ atau ﺍﻟﻠﻪ ﺍﺣﻤﺪ atau ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺤﻤﺪ
atau ﺍﻧﺎ ﺣﺎﻣﺪ ﺍﻟﻠﻪ .
Tidak memadai dengan lafaz ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﺮﺣﻤﻦ
atau ﺍﻟﺸﻜﺮ ﻟﻠﻪ dan sebagainya.
2. Membaca Selawat
Tertentu dengan lafaz ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
atau ﻧﺼﻠﻰ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
atau diganti lafaz ﻣﺤﻤﺪ dengan lafaz
ﺍﻟﻨﺒﻲ / ﺍﺣﻤﺪ / ﺍﻟﻌﺎﻗﺐ / ﺣﺎﺷﺮ / ﺍﻟﻤﺎﺣﻲ / ﺍﻟﺒﺸﻴﺮ /
ﺍﻟﻨﺬﻳﺮ .
Tidak memadai dengan ﺳﻠﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
atau ﺭﺣﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ
3. Wasiat dengan takut kepada Allah
Walaupun tidak dengan lafaz wasiat
sekalipun
Memadai dengan lafaz ﺍﻃﻴﻌﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ atau
ﺍﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ .
Tidak memadai dengan semata
menakuti daripada perhiasan dunia
kerana itu adalah sedia maklum
walaupun oleh kafir maksiat.
4. Membaca satu ayat Al-Quran yang
difahami.
Tidak memadai membaca setengah
ayat walaupun panjang.
Tidak memadai satu ayat yang tidak
memberi faham seperti ﻥ
Memadai ayat itu dibaca di dalam
salah satu daripada 2 khutbah.
Sunat dibaca pada akhir khutbah
pertama.
Sunat dibaca Surah Qaf pada akhir
khutbah pertama setiap Jumaat kerana
mengikut Nabi tetapi berhasil pahala
sunat dengan membaca setengah
surah tersebut.
5. Membaca doa berkenaan urusan
akhirat untuk orang Islam dalam
khutbah kedua.
Memadai menentukan doa bagi segala
yang mendengar seperti katanya ﺭﺣﻤﻜﻢ
ﺍﻟﻠﻪ
Tiada memadai menentukan doa itu
bagi mereka
yang ghaib.
Tidak mengapa membaca doa bagi
Sultan dengan tentunya jika tidak
berlebih-lebihan dalam menyatakan
sifatnya.
Kata Sheikh Ibnu Abdus Salam tidak
harus memuji Sultan dengan sifat yang
dusta kecuali kerana dharurat.
Sunat membaca doa bagi segala
Sultan yang Islam dan tentera mereka
dengan kebaikan dan kemenangan.
Peringatan – Rukun yang 3 di atas
mesti ada di dalam khutbah
pertama dan khutbah
kedua.
SYARAT SAH KHUTBAH
Khatib berdiri jika berkuasa kerana
mengikut Nabi.
Jika tak mampu hendaklah duduk.
Jika tak mampu maka baring dan
harus mengikutnya walaupun tak
diketahui uzurnya ia pada zahirnya
ma’zur.
Rukun Khutbah Dalam Bahasa Arab.
Jika tiada yang tahu dan tak sempat
belajar sebelum habis waktu maka
boleh dengan bahasa sendiri.
Wajib belajar bagi semua orang, maka
jika ada yang sempat belajar tetapi
tak belajar maka berdosa kesemuanya
sekali dan tidak harus Jumaat ketika
itu tetapi hendaklah diganti dengan
Zohor.
Yang disyaratkan hanya mendengar
khutbah bukan
faham.
3. Khatib Duduk Antara Dua Khutbah
Serta Tama’ninah.
Jika tak mampu duduk maka
hendaklah diam
seketika.
Begitu juga yang tak mampu berdiri
maka hendaklah
diam seketika.
Sunat duduk sekadar membaca ( ﻗﻞ ﻫﻮ
ﺍﻟﻠﻪ ﺍﺣﺪ ) hingga
akhir.
4. Dua Khutbah dibaca selepas
gelincir matahari.
5. Kesemua Rukun Didengari Oleh 39
Orang Makmum Dari Kalangan Ahli
Jumaat Walaupun Tak Faham.
Khatib tak disyaratkan mendengar dan
memahami maka sah walaupun ia tuli
dan termasuk dalam bilangan 40 orang
itu.
6. Berturut-turut tiap-tiap kalimah
daripada 2 khutbah dan antara 2
khutbah dan solat.
7. Khatib Suci daripada hadas kecil
dan besar.
Makmum tidak disyaratkan suci dari
hadas.
8. Khatib suci daripada najis yang tak
dimaafkan pada badan, pakaian dan
tempat.
Jika berhadas ketika khutbah
hendaklah bersuci dan memulai
semula dan tak boleh disambung
walaupun singkat masa
perceraiannya.
Jika berhadas antara khutbah dan
solat maka bersuci dengan segera
maka tiada mengapa.
Makmum tidak disyaratkan suci dari
najis.
9. Khatib Menutup Aurat.
Makmum tidak disyaratkan menutup
aurat.
Peringatan
Tidak disyaratkan tertib antara rukun-
rukun khutbah.
Tidak disyaratkan niat pada khutbah
dan tidak disyaratkan meniatkan
Fardhunya.
SUNAT – SUNAT KHUTBAH
Sunat berkhutbah di atas mimbar dan
sunat mimbar di kanan mehrab.
Jika tiada mimbar maka hendaklah
berkhutbah di atas tempat tinggi
supaya sampai suara Khatib kepada
sekelian manusia.
Sunat khatib memberi salam kepada
semua yang hadir di sisi pintu masjid
sebelum masuk ke masjid kemudian
bila sampai ke mimbar maka sunat
memberi salam kepada mereka yang
di sisi mimbar dan bila naik ke atas
mimbar dan berada di kedudukan
tertinggi di bawah tempat berkhutbah
maka sunat menghadap kepada orang
ramai dan memberi salam dan
kemudian sunat duduk di tempat
berkhutbah ketika orang Azan agar
dapat merehatkan diri dari penat naik
ke mimbar.
Sunat Azan di hadapan Khatib dan
setelah selesai Azan maka Khatib
berdiri membelakang kiblat dan
berkhutbah dengan nyaring.
Sunat Khatib tidak berpaling ke kanan,
ke kiri dan ke belakang kerana itu
semua bid’ah.
Makruh menumbuk anak tangga
mimbar ketika naik dengan kaki atau
tongkat atau pedang.
Makruh membaca doa tatkala sampai
kepada anak tangga tempat
berhentinya.
Makruh berhenti pada tiap anak tangga
mimbar.
Makruh menyegerakan khutbah yang
kedua dan memperlahankan suara
padanya.
Makruh berlebihan memuji raja ketika
berdoa.
Hendaklah khutbah itu sederhana tidak
terlalu panjang dan tidak terlalu
pendek.
Sunat Khatib memegang pedang atau
panah atau tongkat dengan tangan
kirinya dan diletakkan tangan kanan di
tepi mimbar.
Selesai khutbah hendaklah segera
turun daripada mimbar supaya sampai
ia ke mehrab sebaik selesai Iqamah
supaya terpelihara muwalat antara
khutbah dan solat.
Sunat membaca dalam raakat pertama
Surah Al-A’la dan rakaat kedua Surah
Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah.
Membaca Surah Al-Jumuah dan Surah
Al-Munafiqun lebih utama daripada
membaca Surah Al-A’la dan Surah al-
Ghasyiah .
Jika ditinggalkan Surah Al-Jumuah
atau Surah Al-A’la pada rakaat
pertama kerana lupa atau sengaja dan
digantikan dengan Surah Al-Munafiqun
atau Surah al-Ghasyiah maka
hendaklah dibaca pada rakaat kedua
Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la
dan jangan diulangi lagi Surah al-
Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah
yang telah dibaca pada rakaat
pertama.
Jika tidak dibaca pada rakaat pertama
salah satu dari Surah Al-Jumuah atau
Surah Al-A’la dan tidak juga Surah Al-
Munafiqun dan Al-Ghasyiah maka
hendaklah dihimpunkannya kedua
surah itu pada rakaat kedua iaitu
Surah Al-Jumuah dan Surah Al-
Munafiqun atau Surah Al-A’la dan
Surah Al-Ghasyiah dalam rakaat
kedua.
Tersebut dalam hadis :
ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﻋﻘﺐ ﺳﻼﻣﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﻗﺒﻞ ﺃﻥ ﻳﺜﻨﻰ ﺭﺟﻠﻪ
ﻭﻗﻴﺘﻜﻠﻤﺎﻟﻔﺎﺗﺤﺔ ﻭﺍﻻﺧﻼﺹ ﻭﺍﻟﻤﻌﻮﺫﺗﻴﻦ ﺳﺒﻌﺎ ﺳﺒﻌﺎ ﻏﻔﺮ ﻟﻪ
ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻪ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ ﻭﺍﻋﻄﻰ ﻣﻦ ﺍﻟﻸﺟﺮ ﺑﻌﺪﺩ ﻣﻦ
ﺍﻣﻦ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ ﻭﺣﻔﻆ ﻟﻪ ﺩﻳﻨﻪ ﻭﺩﻧﻴﺎﻩ ﻭﺍﻫﻠﻪ ﻭﻭﻟﺪﻩ
Ertinya :
Sesiapa yang membaca Surah Al-
Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-
Falaq dan Surah An-Nas 7 kali setiap
satu selepas salam Solat Jumaatnya
sebelum dia mengubah kakinya dan
sebelum berkata-kata, nescaya
diampunkan Allah segala dosanya
dahulu dan akan datang dan
dianugerahkan pahala dengan
bilangan orang yang beriman dengan
Allah dan RasulNya, dan di pelihara
oleh Allah agamanya, dunianya, isi
rumahnya dan anaknya.
PENYEDIAAN DAN PENYAMPAIAN
KHUTBAH
MUQADDIMAH
Penyediaan dan penyampaian
khutbah tidaklah semudah yang
difikirkan. Ia bukan sekadar
menyampaikan mesej kepada
makmum tetapi juga memerlukan
mesej tersebut disampaikan dengan
cara yang teratur, menarik dan
berkesan. Penyampaian yang
berkesan ialah penyampaian yang
memberi keyakinan kepada
pendengar, dapat mempengaruhi
pendengar dan menyebabkan
pendengar boleh menerima malah
sanggup menurut saranan dan gesaan
yang diutarakan. Walaubagaimanapun
terdapat berbagai kelemahan yang
menjejaskan penyampaian mesej
tersebut dalam kebanyakan khutbah
pada hari ini. Antara kelemahan yang
ketara adalah :
Bahasa yang tidak dapat difahami.
Terlalu banyak membuat kesalahan
sebutan.
Menggunakan perkataan yang tidak
tepat dan tidak sesuai.
Menggunakan istilah yang salah dan
mengelirukan.
Menggunakan bahasa yang terlalu
tinggi dan
berbelit-belit.
Menggunakan ungkapan yang tidak
betul.
Menyampaikan mesej dalam bentuk
ayat-ayat yang janggal dan salah
yang boleh mengelirukan pendengar
Menggunakan bahasa yang longgar,
tidak tepat dan
tidak sesuai.
Menggunakan intonasi yang tidak
betul.
Menggunakan intonasi yang mendatar
dan tiada
tinggi rendah.
Teragak-agak dan gagap.
2. Suara yang tidak jelas.
Apabila suatu khutbah di sampaikan
dengan suara yang perlahan atau tidak
jelas, maka makmum tidak dapat
mendengar dengan jelas dan ini boleh
menjejaskan minat makmum, lalu
membuat tafsiran yang salah terhadap
isi khutbah.
3. Gerak-geri yang tidak sesuai.
Gerak badan, tangan dan muka yang
tidak sesuai dengan isi dan maksud
khutbah mengurangkan kesan baik
terhadap makmum yang mendengar.
4. Penampilan yang tidak menarik.
Penampilan yang kurang menarik
menyebabkan pendengar hilang minat
dan keyakinan terhadap isi khutbah
yang disampaikan.
5. Kesihatan yang tidak baik.
Keadaan kesihatan khatib dan
makmum yang terganggu boleh
menyebabkan tumpuan tidak dapat
diberikan sepenuhnya.
6. Persekitaran yang tidak menarik.
Persekitaran yang tidak menarik juga
seperti cuaca yang panas dan hingar
bingar juga boleh mengganggu
keberkesanan khutbah yang
disampaikan.
7. Perbezaan Taraf.
Perbezaan taraf hidup, taraf
pendidikan dan taraf ekonomi boleh
menyebabkan beber
Komentar